Wednesday, June 30, 2010

Suri Hati Mama



Masa ni alisha blum ada lagi..

Bersama Hero2ku..

Hari ni byk masa aku terluang ngan hero2...mcm2 projek yg diorg buat..ptg td aku benarkan diorg main dkt luar..habis kuyup msg2..rupa2nya main air..bila tanya abg eam ngan abg ewan katanya adik emal yg main..bijak2..msg2 nak lepaskan diri..lantak la..nak marah pun bdk lg..aku dulu pun masa kecil2 mkin lebih kurang sama je..hehehe...

Aku malas nak ckp byk terus siapkan diorg dgn baju tido..abg eam n abg ewan dah mula minta itu ini..si abg eam nak mkn nasi ayam..si abg ewan lak nak mkn mee sup..pikir punya pikir aku buat je mee sup..bkn main suka diorg..abg eam x kisah..dia mmg bleh kompromi..biasa la kan anak sulong..beza sgt ngan ank second ni..yg si adik emal lak lg x kisah..hentam je la apa yg dihidangkan..

abg eam tanya lps mkn apa kita nak wat..aku kata jwp lps mkn kita solat maghrib..pastu kita baca iqra..pastu tido..oops..x la mama seblm tido kita susu dulu..yo lah..dah 6 thn asyik nak hisap botol lg..lantak la..

abg ewan plak tanya..abah kerja kat mana hari ni mama..pg td dkt melaka..pas tu abah pegi kl..pas tu blik rumah..si adik emal lak dgn hal dia..x kisah la janji dia x meragam..

Mlm ni projek diorg menyikat rambut aku..msg2 dah x sabar nak tunggu adik alisha kluar..dah boring ngan adik boy katanya..

Heemm..mcm2 perangai..kdg2 hangin gak sbb aku dah sarat..x larat nak lyn peel diorg..tp kdg2 kesian tgok diorg..abg eam,abg ewan ngan adik emal la pembakar semangat aku selama ni..

Mama caaayang kalian..

Di Pagi Rabu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Alhamdulillah..pg ni aku dijemput oleh seorang rakan untuk breakfast di bdr Melaka..walaupun badan aku x bleh seaktif dulu tp x sampai hati plak nak tolak pelawaan tu..selepas hantar emal ke umah opahnya..aku terus gerak ke sana..x la jauh sgt tp sempat gak tido dlm perjlnan ke sana..sib baik ada driver..hehe..

Aku antara org terawal berkunjung ke mdc jusco melaka..klau org pertama mkin tukang buka pintu tu..setelah hampir 2 jam kitorg borak2,lepak2 n lantak2..aku bergegas plak blik ke senawang sbb driver ada hal di kl..

Sebelum dia hantar aku balik,aku ambik dulu hero2 dr umah opah diorg..maklum la aku belum dpt pembantu..walaupun aku ni surirumah tapiaku tetap perlukan pembantu untuk menguruskan urusan rumah kecuali memasak..pantang aku kalau pembantu yg masak..

Bkn apa ingat pesan org tua2..air tgn seorg isteri itu lebih afdal..tentu bunyinya agak pelik..kata surirumah sepenuh masa tp perlukan pembantu..msg2 ada pendapat msg2..bg aku x salah jika kita ada pembantu yg sama2 buat kerja dgn kita..kerja2 rumah biar pembantu yg uruskan..urusan anak2 aku yg uruskan..pd masa yg sama kerja rumah setel..anak2 pun setel..malah aku bleh luangkan masa bersama diorang dlm apa2 akt..x pyh pening2 nak pikir hal rumah..

Bila la agaknya nak dpt pembantu ni..huhu

Tuesday, June 29, 2010

Terdetik di Hatiku.

Hari ini hati aku terpanggil untuk memiliki blog sendiri..sebenarnya dah lama aku impikan blog sendiri tapi aku kurang yakin dengan diri..

Aku mmg x pandai IT..klau org dulu2 kita panggil 'buta huruf'..skrg aku bleh la tergolong dlm kategori org2'buta IT'..:)

Aku percaya jika kita nakkan sesuatu,kita kena usaha jd aku belajar bagaimana cara nak wujudkan blog aku sendiri..kita x bleh selalu mengharapkan org lain krn org lain x tahu apa yg kita mahukan..lgpun klau kita harapkan org jd lmbt..tu pendpt aku la..sbb aku ni jenis org yg nak cepat je..mmg x suka bertangguh..

Alhamdulillah,hari ni aku berseorangan di rumah..dgn suasana sunyi hanya ditemani guruh dan titisan hujan yg lebat..aku beranikan diri membina blog Suri Hatiku..Kenapa agaknya ye aku memilih tajuk Suri Hatiku?..perlukah aku huraikan..rasanya aku belum bersedia..biarlah rahsia..

InsyaAllah,makna itu akan terurai dgn sendiri bagi teman2 yg setia mengikuti Suri Hatiku..

Selamat Datang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terima kasih dan selamat datang ke blog aku di Suri Hatiku.blogspot.com, blog ini hanyalah merupakan sebahagian aktiviti aku bagi mengisi masa lapang semenjak memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Aku percaya bagi kaum hawa yang pernah bekerja tak kira apa sekalipun jawatan yang pernah disandang..tentu sekali agak kekok apabila dengan rela atau paksa rela melepaskan semua itu demi untuk menjawat jawatan baru sebagai SURIRUMAH..

Tahniah!aku ucapkan kerana memilih jawatan yang paling mulia di abad ini..:)..tidak semua kaum hawa yang sanggup memilih jawatan ini dan hanya orang2 yang terpilih sahaja layak menyandang jawatan yang sangat hebat ini..